Hmmm...apa khabar kawan2....last week adalah minggu yang paling depress.
1. Awal2 pagi pergi kerja, aku dah nampak kucing kesayangan aku mati kena langgar.
But I can't blame anyone, itu sudah ketentuan Tuhan. Yang aku boleh buat redha dan menangis. Ya, aku menangis. Sebelum ni aku tak pernah nangis kalau pet aku mati. Tapi kali nih...Hmm, takpelah dia sudah bahagia disisiNya. Dia sudah kembali ke sisi peciptanya, penciptaku.
2. Bila pergi kerja. Aku ni kaku sangat.
Kaku badan. Kaku mulut. Bos tak habes2 cakap "Apesal muka macam panik"...Surelah...ini kerja pertama aku. Kalau nak diingatkan time praktikal dulu. Siyes aku tak rasa macam suasana bekerja. Memang tak pressure. Tapi, aku tak boleh nak salahkan bos. Aku sudah cukup berterima kasih dan bersyukur sebab dia ambil aku bekerja. Sepatutnya aku ni tak layak kalau nak dibandingkan dengan calon interview yang lain.
Aku tiada pengalaman. Ya aku akui. Semuanya terlalu pantas. Semua benda nak kene belajar dalam masa yang singkat. Ya, aku tidak seharusnya complaint itu ini. Aku takkan berani nak komplain. Aku perlu lakukan sesuatu unutk memastikan aku deserve dibayar dengan gaji yang ditawarkan kat aku tuh.
Aku tidak hebat. Ya aku tahu itu. Tapi tidak perlulah membandingkan aku dengan orang lain berdasarkan tahap pendidikan. Aku cuba untuk menjadi sehebat orang yang lebih berpengalaman bertahun2 dari aku. Aku cuba.
Aku tiada keyakinan. Minggu lepas mungkin minggu yang agak sukar untuk aku lalui. I wish this week aku akan bertambah better. Aku asyik nangis memikirkan masa depan aku. Ya aku tahu aku ada 6 bulan untuk belajar. But I am afraid. Takut bila bos cakap "Saya menyesal hired awak. Syarikat saya rugi sebab awak. Then, I'm sorry to tell you that you have to leave our company immediately."...Painful.
Sekarang, aku sebenarnya masih lost dengan kehidupan aku.
Apa yang aku ingin?....Aku ingin jadi seorang pendidik. Aku ingin jadi seorang businesswomen. Aku nak buktikan pada kawan aku, aku bukan cakap kosong megenai "Aku tak mahu bekerja under orang. I want to be a boss".
Ya, Allah please help me. Aku mahu buktikan pada bos aku pada kawan2 sepejabat aku yang aku boleh buat. Aku bukan seorang yang bodoh sombong. I deserve to be the best.
Ya, Allah please kabulkan impian ku. Jika bukan hari ini. Kabulkan pada esok hari.
Ya Allah hidup dan matiku adalah untuk Mu.....

